Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Candi Bersejarah Di Lembah Bujang Berusia 1,200 Tahun Dirobohkan Secara Tidak Sengaja
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SG PETANI – Kerja membersihkan tanah sedang dijalankan di kawasan candi bersejarah di Lembah Bujang.Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah.
Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju.
“Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa,” katanya dipetik daripada akhbar The Star.
Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995.
“Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu,” katanya.
Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.
“Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya,” katanya.
Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk.
Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar candi yang sudah dirobohkan dan  masih banyak yang belum digazetkan sebagai kawasan sejarah. –THE MALAYSIAN INSIDER
Kami Tak Tahu Itu Candi Lembah Bujang – Pemajuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/fdd.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/fdd-150x150.pngAuthor MNHmyHangatUtama,


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments