Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Beyonce Paling Popular Dalam Carian Bing
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Los Angeles: Beyonce Knowles dinamakan sebagai personaliti paling banyak dicari di enjin carian Bing pada 2013, mengatasi bintang realiti Kim Kardashian yang mengungguli kedudukan itu tahun lalu.
Kemunculan Beyonce, 32, untuk memeriahkan dunia seni tahun ini selepas melahirkan anak sulungnya Blue Ivy tahun lalu dikatakan menyumbang kepada peningkatan popularitinya. Penyanyi terkenal itu itu membuat persembahan di majlis pelantikan Presiden Barack Obama Januari lalu, diikuti Super Bowl pada Februari selain mengadakan konsert seluruh dunia, The Mrs Carter Show World Tour, dua bulan kemudian.
Dia turut membenarkan kehidupannya bersama suami Jay Z dan Blue Ivy disiarkan dalam rancangan dokumentari di saluran HBO.

Kardashian, 33, yang memegang tempat pertama tahun pada 2010 dan 2012 kini terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Bintang rancangan Keeping Up With The Kardashshians itu melahirkan anak perempuannya North West selain bertunang dengan penyanyi rap Kanye West.

Sementara itu wanita terus menguasai senarai popular enjin Bing.

Rihanna, Taylor Swift dan Madonna menduduki tempat lima teratas manakala Justin Bieber yang memegang tempat kedua tahun lalu jatuh ke tempat keenam tahun ini. - AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments