Sharnaaz didakwa tumbuk dan belasah pengguna - Hanya beberapa
minggu lalu, Sharnaaz Ahmad telah terpalit dalam satu kontroversi
selepas dikatakan memukul Shila Amzah sewaktu mereka masih bergelar
pasangan kekasih.
Tidak cukup di situ, nama pelakon filem Juvana itu kembali menjadi
sebutan orang ramai selepas dia didakwa menumbuk dan membelasah
seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) di
khalayak ramai minggu lalu.
Memang pelik juga boleh timbul gosip tidak masuk seperti ini namun
itulah yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan dalam ruangan
pojok. Semalam, Sharnaaz tampil menafikan gosip tersebut dan bertegas
sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana
pergaduhan.
"Siapalah yang buat cerita ini tanpa
bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu. Janganlah menuduh
saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam
hidup."
"Jujurnya dahulu saya seorang yang
pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan? Saya
tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu
jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh
dikawal."
Pesanan admin, tindakan berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan di media adalah langkah terbaik untuk mengelakkan sesuatu kontroversi itu terus diperkatakan orang ramai.
No comments
Post a Comment