BERLIN – Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu
satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada
malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada
sebarang kemalangan jiwa.
Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu
sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya
dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.
“Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu
akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di
atmosfera,” kata agensi itu hari ini.
Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan
bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi
berkenaan. – AP
No comments
Post a Comment