NAMA Diana atau lebih dikenali dengan panggilan Puteri
Wales sangat dikenali selepas berkahwin anak sulung kepada Ratu
Elizabeth II, Putera Charles. Ibu kepada Putera William dan Harry ini
begitu dekat dengan rakyat sehingga digelar Puteri di Hati Rakyat.
Namun, di sebalik kehidupannya yang sentiasa menjadi contoh kepada orang lain, Diana menemui ajal dalam kemalangan ngeri di sebuah terowong di Paris, pada 1997, yang turut meragut nyawa kekasihnya Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed.
Biarpun dikhabarkan pemandunya, Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan berlaku, namun ramai percaya kematian Diana disebabkan pembunuhan yang cukup terancang.
Kini, selepas 16 tahun peristiwa itu berlaku, kisah Diana kembali dihidupkan melalui pelakon cantik Naomi Watts.
Namun, entah di mana silapnya hasil pengarahan Oliver Hirschbiegel ini nampak banyak kekurangan.
Apatah lagi kebanyakan individu yang dibesarkan sekitar akhir 80-an dan awal 90-an begitu mengenali puteri yang lemah-lembut, penuh dengan senyuman ini.
Namun dalam filem kali ini, Diana 'dihidupkan' dengan kisah skandal dan kepura-puraan hidupnya sebagai seorang puteri raja.
Biarpun timbul simpati dengan nasib dirinya yang hilang hak privasi sehinggakan untuk keluar membeli-belah pun dia diburu paparazi, dan hidupnya yang sentiasa diaturkan setiap hari, namun ia belum cukup mengembalikan ingatan penonton terhadap Diana.
Pada pendapat penulis Hirschbiegel berjaya mengunci perhatian penonton dengan menyelitkan beberapa sedutan suara mengenai laporan tragedi kemalangan Diana sebelum penonton di bawa mengimbau hidup Diana dua tahun sebelum kematiannya.
Ia seterusnya akan membawa penonton melayari bibit-bibit perkenalan dan percintaannya dengan pakar bedah jantung, Doktor Hasnat Khan yang berasal dari Pakistan dan beragama Islam.
Hina Islam?
Bagaimanapun perkara yang menarik perhatian apabila Hasnat sebelum itu digambarkan sebagai seorang doktor yang suka merokok dan gemar meminum arak.
Tidak hanya itu, Hasnat juga digambarkan dalam filem ini beberapa kali melakukan hubungan intim dengan Diana. Selain itu, dalam satu sesi perbualan di tepi tasik, Diana sempat memetik maksud ayat yang ada dalam al-Quran dengan berkata kepada Hasnat : "Saya telah mengkaji dan saya lihat al-Quran ada di atas meja di tepi kamu ketika kita sedang 'bersama'."
Malah Hasnat menerusi dialognya, "Saya sendiri sudah lama tidak mengamalkannya (baca al-Quran)"... Secara tidak langsung menggambarkan dia tidak menjalani tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Meskipun kitab suci itu tidak ditonjolkan, namun dialog itu jelas menghina orang Islam.
Lakonan berkesan Naomi
Menyentuh mengenai lakonan pula, Naomi selaku pelakon utama berjaya menjelmakan Diana semula dengan penampilan dan wajah yang hampir seiras dengan puteri itu.
Malah caranya berdialog, senyum dan caranya berjalan mengingatkan kita pada seorang wanita yang pernah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia.
Namun, dalam keberkesanan lakonan yang boleh diberi lima bintang, ia dicacatkan dengan jalan cerita yang tidak kemas dan pengulangan beberapa babak terutamanya aksi ranjang.
Pada pendapat penulis, jika cerita ini digarap dengan lebih mendalam terutamanya memperlihatkan sisi Diana sebagai seorang ibu, ia tentunya lebih menarik.

No comments
Post a Comment