Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Manohara Dedah Rahsia Tatu Merah di Bibir
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Rahsia Tatu Merah di Bibir Manohara

AKTRES Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan.

Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah.

“Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.

manohara

“Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa,” ujarnya.

Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka.

Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. – Malaysia Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments