RANAU: Sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berada
dalam operasi latihan khas di Gunung Kinabalu telah terkandas selama
tiga hari selepas salah seorang anggotanya mengalami 'penyakit gunung'.
Mereka dipercayai terkandas kira-kira 3,200 meter di sepanjang laluan
sempit gunung di antara Masilou ke Timpohon dalam kawasan Taman
Kinabalu sejak Rabu.
Dilaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Inspektor Mohd Zaiful
Zahari, rebah dan pengsan selepas mengalami demam panas dan tekanan
darah tinggi ketika mendaki gunung bersama 15 anggota PGA lain dan tiga
kakitangan Sabah Park kira-kira pukul 4.20 petang Rabu.
Kejadian ini memaksa operasi latihan dihentikan sementara kerana Mohd
Zaiful terpaksa bermalam di atas gunung dengan rakan sepasukan
sementara menunggu bantuan tiba.
Difahamkan kira-kira pukul 8 pagi pada hari berikutnya (Khamis),
sebuah helikopter dari Unit Udara Polis dikerahkan ke lokasi dalam
operasi menyelamat, tetapi terpaksa berpatah balik kerana kabus tebal.
Ini memaksa beberapa anggota PGA dan kakitangan Sabah Park mendaki gunung untuk memberi bantuan kepada mangsa.
Tetapi sekitar pukul 9.30 malam Jumaat, mangsa dilaporkan berada
dalam keadaan kritikal dan tidak stabil, memaksa polis menghantar
glukosa dan oksigen yang diturunkan kira-kira 200m dari kedudukan
anggota GOF.
Sehingga lewat malam Jumaat, helikopter masih belum dapat menyelamatkan mangsa kerana kabus tebal.
Ketua Polis Ranau Deputi Supritendan Abdul Rahman Kassim, ketika
dihubungi Jumaat, mengesahkan kejadian itu dan berkata semua usaha
sedang dilakukan untuk mencapai mangsa.
No comments
Post a Comment