Susulan pendedahan Johan As’ari yang dikatakan sudah bersedia untuk
mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lana Nodin, bermacam-macam
spekulasi dan andaian yang timbul selepas itu.
Antaranya, tindakan penyanyi yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan
mesra dengan Johan sebelum ini, iaitu Shila Amzah yang memuat naik
status serta gambar berkaitan isu tersebut membuat peminat terus
berteka-teki mengenai kesahihan status mereka satu ketika dulu.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila itu, Johan melahirkan
kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak
matang.
“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap
yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun
Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak
pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya yang dipetik menerusi
portal Buahmulut.
Johan juga pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya
menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.
Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak
pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya
tidak bersetuju dengan pilihannya itu.
“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya
suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab
perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya
lagi.
Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan
ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini
dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.
Mungkin ini merupakan langkah perlahan-lahan Lana untuk berubah menjadi lebih baik seperti mana yang dikatakannya sebelum ini.
Baguslah begitu, pelan-pelan kayuh ya Johan.
No comments
Post a Comment