Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah
penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan
pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.Menurut
sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih
hati, Johan As'ari, 27.
"Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak
lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga
memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini
sepanjang berkenalan dengan Johan.
"Katanya kepada saya, kalau boleh,
biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana
menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah
serius!"
Semalam, Johan sebelum ini dikaitkan
dengan Shila Amzah meluahkan keinginannya untuk menyunting Lana sebagai
isteri setelah terpikat dengan kelembutan pelakon tersebut.
Dalam pada itu, tambah sumber, Lana juga
telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika
menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.
No comments
Post a Comment