Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Zila Bakarin Tak Mahu Berlakon Watak Kampung!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Zila Bakarin Tak Mahu Berlakon Watak Kampung
Selalunya ramai selebriti di luar sana yang berebut-rebut mahu menjadi pelakon yang versatil serta serba boleh dengan melakonkan bermacam watak yang boleh menvariasikan bakat lakonan mereka.

Namun, perkara ini berlainan buat pelakon seksi, Zila Bakarin yang menyatakan dia hanya mahu menjayakan watak sebagai ibu-ibu yang duduk di bandar atau kata mudahnya, ibu yang urban serta ala mak datin.
Menerusi laporan Pancaindera, Zila berkata, “saya mahu watak ibu yang moden, memakai baju cantik dan bermekap. Kalau kita lihat drama yang ditayangkan di Indonesia, semua watak-watak ibu digambarkan cantik. Mana ada yang selekeh atau buruk.
“Salahkah saya kalau mahu kelihatan sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki? Takkan saya nak nampak selekeh.
Itu bukan cara saya. Bahkan saya sendiri yang mahu jadi ibu yang cantik kalau dapat tawaran berlakon. Saya tolak awal-awal kalau produksi mahu saya berperwatakan ibu ala-ala orang kampung. Kena pakai baju kurung, tudung kepala dan selekeh memanjang,” katanya.
Bagi penulis, sebagai seorang pelakon yang profesional, Zila seharusnya mencuba pelbagai watak supaya dapat menambah serta mengembangkan profil kerjaya lakonannya di masa hadapan.
Tapi, kalau dia rasa tak mahu menjayakan watak-watak sebegitu, kita harus hormatilah, kerana ini kan hak masing-masing.
Rasanya kenyataan jujur Zila ini bakal mendapat kritikan daripada penggemar-penggemar drama tempatan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan pendapat pelakon berkulit gebu ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments