Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Mesir: Whatsapp, SMS Sebar Status Keselamatan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kementerian Pendidikan menggunakan aplikasi Whatsapp dan SMS untuk menyebarkan maklumat berkenaan status keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir akibat pergolakan politik di negara itu.
Memetik laporan Bernama hari ini, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu kenyataan menasihati para pelajar Malaysia menjauhkan diri dari kawasan-kawasan tumpuan perhimpunan membantah kepimpina Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Antara kawasan tumpuan berlaku perhimpunan ialah di Kaherah, Iskandariah Mansoura da Zaqaziq.
Para pelajar juga diingatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan atau petisyen anjuran masyarakat tempatan mahupun di tempat terbuka dan tertutup atau di luar dan di dalam kampus universiti.
Para pelajar juga jangan percaya pada khabar angina melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau di laman sosial dan juga jangan terlibat dalam menyebarkannya kepada orang ramai.
Menurut Idris, pihak Education Malaysia Egypt memperakui tiada kes melibatkan pelajar Malaysia dan ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan terkawal.
Bilik gerakan 24 jam sudah pun dibuka di semua wilayah dan juga Kedutaan Malaysia di Kaherah, Dewan Malaysia di Abbasiah serta rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.
Idris berkata langkah keselamatan diambil dengan membuka bilik gerakan 24 jam di semua peringkat dan wilayah, di kedutaan Malaysia di Kaherah, Dewan Malaysia Abbasiah, rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.
Selain itu, operasi pemantauan turut digerakkan di semua terminal lapangan terbang manakala siri kunjungan pegawai ke premis kediaman pelajar turut dilakukan.
Para pelajar yang berminat dengan politik pula diingatkan jangan memberikan sebarang komen atau ulasan bekaitan politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu, organisasi Mesir dan asing.
“Elakkan dari berjalan-jalan pada waktu malam atau berjalan secara berseorangan, terutama bagi mahasiswi,” katanya.
Idris berkata pelajar Malaysia di Mesir mesti mematuhi sebarang arahan keselamatan, termasuk perintah berkurung, sekiranya dikeluarkan kerajaan Mesir dan arahan lain oleh pihak kedutaan.
“Pelajar harus mengutamakan keselamatan diri dan menyimpan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan barang berharga di tempat selamat,” katanya.
Selepas beberapa lama melantik Presiden baru melalui Pilihan Raya Presiden yang baru hasil dari kebangkitan rakyat Mesir yang dikenali sebagai “Arab Spring” sehingga melibatkan kekecohan seluruh negara kini, negara di benua Afrika itu bergolak lagi.
Kali ini rakyat dari seluruh negara memprotes dan mahu presiden baru Mohamed Morsi meletakkan jawatan jika gagal memenuhi tuntutan dari rakyat.
Kali ini tentera Mesir sudah awal-awal melibatkan diri dengan memberikan tempoh 48 jam supaya presiden dan semua “kuasa politik” menyelesaikan krisis dengan segera.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments