Pernahkah anda berasa tidak berpuas hati dengan cara layanan yang diberikan oleh mereka yang berada di meja hadapan atau mungkin staf yang memerlukan anda untuk berkomunikasi dalam menguruskan sesuatu perkara?
Pegawai khidmat pelanggan atau pegawai perhubungan awam (PRO) adalah antara mereka yang berada di barisan hadapan bagi bersemuka dengan pelanggan.
Malah, mereka memainkan peranan yang penting dalam membawa imej syarikat di mata pelanggan.
Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang pelanggan yang berang kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Video berdurasi 2:44 minit itu mengisahkan seorang lelaki yang tak puas hati dengan kelemahan perkhidmatan yang diberikan oleh petugas di sebuah pusat jualan kereta.
Menurut lelaki berkenaan, pengurus jualan di pusat jualan tersebut sangat tidak beretika ketika melakukan tugas.
“Kamu hanya berjalan keluar dan melayan pelanggan kamu seperti orang bodoh.
“Sebagai pengurus jualan, kamu tiada etika!”
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mengugut untuk menyaman syarikat kereta tersebut kerana kualiti kereta yang dibeli tidak sepadan dengan bayaran yang dikenakan.
“Kereta ini selalu rosak hingga saya terpaksa selalu bawa ke sini (untuk dibaiki/servis),” jelas lelaki tersebut.
Malah, lelaki itu dikatakan terpaksa membeli sebuah kereta baru untuk isterinya akibat daripada kereta yang dibelinya di pusat jualan tersebut sering mengalami kerosakan.
Justeru, syarikat jualan kereta haruslah mengambil serius dalam isu-isu sebegini kerana harga kereta bukanlah RM1-RM2.
Kualiti kenderaan haruslah menepati harga yang dikenakan kepada pelanggan kerana kereta merupakan antara keperluan pada masa kini.
Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun setiap organisasi haruslah mempunyai pegawai perhubungan awam yang berkaliber supaya pelanggan jelas dengan permasalahan yang berlaku.
Saksikan video tersebut.
No comments
Post a Comment