Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Singapura P’kenal Sistem Cegah Memandu Mabuk!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Singapura P'kenal Sistem Cegah Memandu Mabuk
KEMALANGAN disebabkan memandu dalam keadaan mabuk adalah merupakan masalah besar di seluruh dunia. Negara kecil Singapura juga tidak terkecuali. Di Singapura, lebih 2140 kes memandu dalam keadaan mabuk dilaporkan dalam tempoh 12 bulan.

Pihak berkuasa menghadapi masalah mengatasi masalah ini dengan berkesan. Sebuah kelab malam Zouk di sana mempunyai idea kreatif tersendiri mengatasi masalah ini.
Zouk, antara kelab malam terkenal di Singapura memperkenalkan satu cara mencegah kemalangan dalam keadaan mabuk dengan satu sistem menguji kandungan air kencing pengunjungnya.
Sebelum ini, statistik menunjukkan pengunjung kelab malam yang mabuk biasanya yakin mereka boleh memandu pulang tetapi sebenarnya mereka tidak mampu memandu kerana mengambil alkohol yang berlebihan.
Zouk dengan kerjasama bersama sebuah agensi pemasaran Kumpulan DDB mencipta satu sistem unik menguji dan mengenalpasti pemandu yang mabuk dan menghalang mereka dari memandu untuk pulang demi keselamatan.
Sistem itu bermula dengan menggantikan kupon parkir kereta dengan sejenis kupon lengkap dengan Alat Pengesan Frekuensi Radio pada kupon yang diberi setelah kunci kereta diserahkan kepada valet kelab malam. Tandas di kelab itu juga sudah dipasang dengan alat ujian air kencing yang boleh menguji kandungan air kencing dan ia akan memberi bacaan berasingan setiap kali digunakan oleh orang lain.
Jika paras alkohol pengunjung melebihi had yang dibenarkan kupon mereka akan ditanda dan mereka akan diberikan mesej melarang mereka memandu pulang atau perlu menggunakan khidmat pemanduan ke rumah yang disediakan Zouk.
Di kaunter valet, jika pengunjung cuba mendapatkan kunci kereta mereka sebuah lagi mesin pengimbas akan mengenal pasti kupon berkenaan bagi pihak valet memaklumkan sama ada pengunjung itu boleh memandu pulang atau tidak.
Mereka akan diminta sama ada menggunakan teksi.
Dalam tempoh dua minggu sistem itu diperkenalkan, lebih 573 orang yang akan memandu mabuk di kesan. Sejumlah 342 daripadanya memilih meninggalkan kereta mereka di kelab dan meminta orang lain menghantar mereka pulang.
Sistem pengesan kandungan air kencing itu terbukti berjaya mengatasi masalah pengunjung kelab malam memandu dalam keadaan mabuk dan mengelakkan pertambahan kes kemalangan jalan raya di kalangan mereka.
Sistem itu kini sedang dalam proses diperkenalkan ke seluruh Singapura.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments