CHICAGO – Rambut salah seorang anggota One Direction, Harry Styles nyaris terbakar, sebelum dia diselamatkan oleh Zayn Malik ketika mereka mengadakan persembahan di First Midwest Bank Amphitheater.
Harry bernasib baik kerana Zayn bertindak pantas dengan menariknya, ketika penyanyi itu berjalan menuju ke arah letusan api di atas pentas.
“Jika Zayn tidak melihat Harry, dalam beberapa saat sahaja habis kepala Harry terbakar,’’ kata satu sumber.
Insiden itu berlaku ketika kumpulan itu sedang menyanyikan lagu Teenage Dirtbag,.
Harry kemudiannya mengambil tuala dan mengelap peluh di kepalanya, namun dia tidak menyedari ketika itu dia sedang berjalan menuju ke pertunjukan api itu.
Nasib baik Zayn melihat keadaan rakannya itu, jika tidak, habislah rambut Harry.
One Direction berada di Amerika Syarikat bagi mengadakan siri jelajah Take Me Home sebelum mereka membuat persembahan di Australia.
No comments
Post a Comment