SEBELUM ini, pasangan pelakon dan penyanyi Awi Rafael dan Hanez Suraya mengakui hubungan cinta yang terjalin di antara mereka sudah lama terputus.
Namun, disebabkan kedua-duanya masih lagi berhubung di laman sosial Twitter dengan mengungkapkan kata-kata sayang, peminat mula meragui status sebenar mengenai hubungan mereka malah keduanya dikatakan sengaja mahu meraih publisiti murahan berkaitan kisah cinta tersebut.
Menjawab dakwaan itu, Awi tampil menjelaskan melalui Metro Ahad dengan berkata, “walaupun tidak lagi bercinta, saya dan Hanez masih berkawan rapat. “Mengenai ungkapan sayang, kadangkala sebab terbiasa dan apabila hendak menaip pantas, ia terlepas. Begitupun, apa salahnya kerana dengan peminat juga kadangkala saya ungkapkan perkataan ‘dear’ bermaksud sayang”.
Walaupun sudah putus sejak beberapa bulan yang lalu, penyanyi kelahiran Singapura ini mengakui dia dan Hanez masih lagi berkawan dan tidak pernah bermusuh di antara satu sama lain.
“Saya harap semua orang faham dan tidak lagi mengaitkan kami dengan pelbagai spekulasi. Saya menganggap tiada rezeki antara kami, tetapi itu tidak bermakna kami harus bermusuh.
“Saya dan Hanez masih berkawan dan siapa tahu kalau masa akan datang kami ada jodoh. Namun, buat masa ini biar kami membawa haluan dan mengejar cita-cita,” jelasnya lagi.
No comments
Post a Comment