Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] PLUS Beri 10 Mitsubishi Lancer GT Kepada Polis!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PLUS Beri 10 Mitsubishi Lancer GT Kepada Polis
KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbang sebanyak 10 buah kereta peronda Mitsubishi Lancer GT kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim berkata, kenderaan itu bagi kegunaan unit EMPV Cawangan Trafik Bukit Aman untuk tugas rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya kendalian PLUS.
“Sumbangan tersebut juga bertujuan membantu memperkasakan lagi peranan PDRM di semua lebuh raya PLUS.
“Sehingga kini, PLUS telah menyumbang sebanyak 121 buah kenderaan pelbagai jenis yang terdiri daripada 100 buah kereta, 19 buah motosikal dan dua buah bas kepada PDRM,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Sheriff berkata, penyerahan kenderaan tersebut juga dianggap tepat pada masa lebuh raya kendalian PLUS bakal digunakan jutaan kenderaan pada musim sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Katanya, kehadiran lebih banyak pasukan peronda polis di lebuh raya amat kritikal untuk membantu orang ramai selamat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Kata beliau, ia juga berperanan untuk membendung perbuatan penyalahgunaan lorong kecemasan yang menyumbang kepada kemalangan dan kesesakan di lebuh raya pada waktu puncak.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments