Itu antara kandungan SMS ugutan diterima mangsa cinta sejenis dikenali sebagai Mira, 17, yang dikirim seorang pengkid sebelum membakar rumah keluarganya, dua hari kemudian di FELDA Keratong 9, dekat sini, 6 Julai lalu.
Mengimbas semula kejadian itu, Mira berkata, pada malam sebelum kejadian, dia yang berasa tidak sedap hati ketika tidur di biliknya mengambil keputusan tidur di bilik abangnya yang tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
Menurutnya, selepas dua jam melelapkan mata, dia terjaga jam 11 malam selepas terhidu bau asap di bilik tidurnya lalu bergegas bangun untuk memeriksa.
Katanya, sebaik membuka pintu bilik, dia terkejut apabila melihat api merebak pantas sebelum menjerit memanggil bapanya.
“Api merebak begitu cepat menyebabkan bapa tidak mampu berbuat apa-apa manakala pili bomba berhampiran rumah pula tidak berfungsi mengakibatkan keseluruhan rumah ranap sekelip mata,” katanya.
Susulan kejadian awal pagi itu, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya, berkata suspek berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan berkenaan kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.
Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah.
…………………………………..
Info: Pengkid ialah ‘tomboy’ atau lesbian, merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual. Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.
Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan
dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa. Walaubagaimanapun, kegiatan pengkid kini lebih terancang dan berani, terutamanya di kalangan aktivis hak-hak seksualiti dan gender.
‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa. Walaupun yang demikian, tiada kajian perubatan dan psikiatri yang kukuh dapat melaporkan bahawa rawatan fizikal dan rohani boleh “memulihkan” golongan pengkid.
Sumber: Wikipedia
No comments
Post a Comment