Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Aku Lebih Seksi Sebelum Kahwin Mat Salleh!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Nurul
Setelah lama tidak mengemas kini laman blog miliknya, penyanyi, Nurul Wahab berbuat demikian semalam.

Pos itu dilihat bukan sahaja bagi memaklumkan peminat tentang perkembangan terbarunya, tetapi juga bagi meluahkan rasa terkilannya atas kecaman diterima apabila mengambil keputusan menikahi seorang lelaki Perancis, Eric Depp.
Antara yang membuat Nurul terkilan adalah cemuhan yang diterima di Instagram miliknya apabila dia memuat naik gambar tertentu. Catat Nurul:
‘Ada pula yang berkata, sebab kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.’
Tambah Nurul, dia bukan tidak boleh menerima teguran tetapi cara menegur kadangkala amat mengguris hatinya apatah lagi ada antara pengikut laman Instagram miliknya bukan berugama Islam.
f1e76bf76dc0c253e2b224f14721eea1_XL
Menurut Nurul lagi, walaupun dia kelihatan moden dan berpakaian terdedah, hatinya hanya Allah SWT yang tahu. Malah dia sebenarnya menyimpan hasrat untuk ke tanah suci bersama suaminya pada tahun hadapan.
Nurul yang sedang mengandung 26 minggu turut memberitahu, dia kini sedang giat mengasah bahasa Perancisnya kerana akan pulang ke tanahair suaminya itu. Dia perlu menguasai bahasa itu dengan baik memandangkan ibu bapa mertuanya tidak boleh berbahasa Inggeris.
Apa pun, sama-samalah kita mendoakan hidayah dan hidup yang terbaik buat Nurul. Tak baik mencerca orang lain apatah lagi dalam keadaan dia sedang mengandung, sudah tentulah ia boleh mempengaruhi emosi seorang perempuan secara buruk.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments