Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ezzaty Abdullah BOROS! Berlakon untuk elak sikap boros
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ezzaty Abdullah
Bermula dengan dunia peragaan, sekali-sekala kalau ada tawaran sebagai pelakon tambahan dan kalau ada kelapangan waktu, dia akan terima. Namun menurut pendatang baru Ezzaty Abdullah, lama kelamaan hatinya semakin jatuh cinta pada dunia lakonan. Dan semangatnya mahu berlakon didorong oleh sikapnya yang ada ketika boros berbelanja.

“Sebelum ni saya ada berlakon beberapa drama sebagai pelakon tambahan. Masa tu saya masih belajar. Mula-mula tu saja-saja lah, nak tambah duit poket. Saya ni kadang-kadang tu boros juga. Jadi bila tak ada duit, saya egan nak minta keluarga. Kebetulan ada orang panggil jadi ekstra dengan bayaran RM50 saya terima.
Lama-lama seronok pula berlakon. Sejak bulan September tahun lepas saya mula aktif berlakon,” jelas graduan jurusan Pengurusan Pelancongan UiTM Puncak Alam, ini.
Pernah muncul dalam drama bersiri Epilog Cinta Khirana di Slot Samarinda TV3, terbaru, Ezzaty tampil dalam drama bersiri Autumn di Hatiku yang bersiara di laman web Tonton.
“Dalam drama bersiri Autumn Di Hatiku ini, saya membawa watak sebagai Jaja. Jaja merupakan kawan baik dan teman serumah kepada Nina, lakonan Hanez Suraya. Mereka berdua adalah gadis yang sangat obses kepada drama Korea dan budaya K-Pop. Apabila watak Autumn, lakonan JS datang ke tempat Nina bekerja, Nina jatuh cinta pada Autumn. Untuk menarik perhatian Autumn, Nina menyuruh Jaja menyamar menjadi dirinya agar dapat memikat Autumn,” jelas Ezzaty
Selain iu, dia juga bakal tampil dengan drama Cinta Agra disamping Shah Iskandar dan Kilafairy di RTM dan dia juga bakal muncul dalam telemovie Maafkan Kami, gandingannya bersama aktor tampan Zain Saidin untuk slot Cerekarama TV3. –Malaysian Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments