Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Rupa Arnab 'Frankestein' yang menakutkan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MANKATO, Minn - Video milik seorang pelajar kolej telah menggemparkan ratusan ribu warga internet apabila dia merakam seekor arnab yang mempunyai 'tumor' dibadannya dan menamakannya sebagai "Frankestein"

Gunnar Boettcher, 20, pelajar di Kolej Gustavus Adolphus di St. peter, dan adiknya mengambil gambar dan merakam video arnab unik ini, yang kelihatan seperti ada ketumbuhan membesar di atas kepalanya, pada 26 Jun yang lalu.





"Kami pernah terlihatnya sebelum ini merayau disekeliling rumah tetapi belum pernah berpeluang lihat dengan lebih dekat, "kata Boettcher. "Tetapi suatu hari kami cuba merapatinya dan dia juga tidak lari seperti biasa dibuatnya sebelum ini."
Dalam video yang bertajuk "The World's Scariest Rabbit", Boettcher bercakap dalam dialek Australia seperti mendiang Steve Irwin.

Boettcher memuat turunnya di Facebook dan kawannya pula memuat turun di Reddit. Dalam masa 4 hari, lebih 200,000 orang telah menontonnya.

Sementara itu, Joe Stangel yang merupakan wakil dari Jabatan Sumber Asli berkata, arnab ini mungkin menghidapi virus papilloma, iaitu salah satu bentuk kanser. Namun, ia masih memerlukan laporan pengesahan dari doktor haiwan. Ia bukan sejenis penyakit yang luar biasa di kalangan arnab, Stangel berkata, tetapi dia tidak pernah melihatnya di atas kepala.








About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments