Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bakal Tunang Hafiz Hamidun Kahwin Lelaki Lain!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun benar-benar kecewa kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia apabila wanita tersebut sudah pun berkahwin pada April lalu.

Hafiz, 29, berkata, sepatutnya dia dan keluarga telah merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa sama berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arabitu situ pada Mac lalu.
Bagaimanapun sebelum bertolak, Hafiz diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang.
"Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh.
"Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain.
"Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah," katanya.
Hafiz ditemui pada pelancaran iklan raya filem pendek Mamee di Restoran Rebung di sini pada Khamis lalu.
Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu.
"Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu.
"Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan,"ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz bakal melancarkan album keduanya berjudul Zikir Terapi 2 pada 22 Julai depan selepas kejayaan album Zikir Terapi pertama yang meraih jualan 150,000 unit.
"Alhamdulillah, di saat masalah jualan album yang merudum, album zikir saya berjaya. Harap-harap album seterusnya ini turut mendapat respons yang baik," katanya.
mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments