Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Lapan Tanda Seorang Lelaki Itu Bersifat Curang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Dalam sesebuah perhubungan, pasti tidak pernah terlepas daripada dilanda masalah.
Antara yang kerap menjadi isu adalah soal kesetiaan.
Boleh dikatakan, golongan wanita sering menyalahkan lelaki yang dikatakan suka bersifat curang.
Justeru, kami ingin kongsikan beberapa tips kepada golongan wanita untuk mengetahui jika lelaki itu curang.
1. “Hai. Apa nama kamu?”
Katakanlah anda baru ingin memulakan bibit-bibit cinta dengan seseorang lelaki dan sudah berjumpa beberapa kali. Namun, lelaki itu masih sukar mengingati nama anda.
Apakah alasan lelaki untuk tidak mengingati nama anda. Sudah disebut berkali-kali pun susah nak ingat…mungkin nama terlalu banyak wanita di fikirannya…
2. Tiada Hujung Minggu?
Jika si dia tidak berjumpa dengan anda pada hujung minggu, pastinya ada ‘permainan’ di situ.
Ini kerana Jumaat hingga Ahad adalah waktu yang sesuai untuk setiap pasangan meluangkan masa berkualiti mereka bersama.
3. Tiada Kata Putus
Anda telah menjalinkan bibit percintaan selama beberapa bulan dan si dia tidak pernah bercakap soal hala tuju percintaan tersebut.
Atau lebih teruk, dia akan memujuk anda berkata, “awak jangan risau”.
4. Parti Liar
Jika seseorang lelaki yang memilih untuk pergi berparti pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan lelaki bermakna dia ingin membujang! Anda tidak beraap penting.
5. Putar Belit Psikologi
Anda menuduh si dia bersikap curang dan dia memutar balik situasi dan menuduh anda pula bersikap curang.
Jelas, dia cuba untuk mencelarukan pemikiran anda.
6. Tidak Berkawan di Laman Sosial
Anda sedang dalam perhubungan dan si lelaki tidak mahu memasukkan anda ke dalam senarai rakan di laman sosial.
Atas alasan, “Saya tak nak awak cemburu sebab saya ramai ‘kawan’ wanita”. Betul ke ‘kawan’?
7. Wanita, Wanita & Wanita
Si dia sering mendapat pesanan ringkas pada setiap jam dan setiap masa dari wanita yang dikatakan sebagai ‘kawan’.
Wanita tersebut menghantar gambar kepada si lelaki dan sering ‘like’ gambar pasangan anda di laman sosial.
Kejap! Bagaimana anda tahu wanita itu ‘like’ gambar teman lelaki anda sedangkan anda tidak ada dalam senarai rakan? *Pssstt..
8. Budak Nakal
“Saya nakal” “Saya nak ‘chill’ je” “Saya tak terfikir untuk jalinkan hubungan” – Itu antara ayat-ayat yang digunakan oleh lelaki.
Jadi jika ayat sebegini terpacul dari mulut si lelaki, jangan cuba untuk mengubah. Baik berundur.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments