CUMBRIA – Seorang pekerja zoo mati selepas dibaham oleh salah seekor harimau jagaannya ketika dia sedang memberi makan kepada binatang berkenaan di hadapan pengunjung zoo tersebut.
Sarah McCalay, 24, yang berasal dari Barrow meninggal dunia malam tadi selepas mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher.
Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang ketika semua pekerja bertugas pada syif normal manakala zoo itu pula telah dibuka kepada pelawat.
Menurut pemilik zoo itu, David Gill, McCalay dilaporkan telah memasuki kandang harimau itu untuk memberi makan.
“Ia adalah bertentangan dengan protokol keselamatan ketat di zoo ini iaitu masuk ke dalam kandang harimau untuk memberi binatang itu makan.
“Kami semua bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat berita, malah saya sendiri sampai di sana dalam masa 30 saat. Ia berlaku dengan pantas.
“Kami kemudiannya meminta semua pengunjung keluar dari situ. Saya rasa salah seorang daripada pengunjung melihat insiden di mana McClay diserang oleh harimau itu,’’ katanya.
Gill turut menyifatkan McClay sebagai seorang gadis yang rajin dan telah bekerja di zoo berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian itu.
Sumber: Abn News
No comments
Post a Comment