Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Masterchef: Giliran Radhi OAG Tersingkir!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Masterchef - Radhi

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa kali terselamat dari saingan penyingkiran, Radhi OAG terpaksa menerima hakikat yang tuah tidak lagi memihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam saingan MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) semalam.

Bersaing dalam Pusingan Penyingkiran semalam, Radhi yang digelar ‘runner’ dalam MSM2 kerana kelincahannya berulang-alik mengambil bahan-bahan sewaktu Cabaran Sajian Luar terpaksa menerima hakikat bahawa sajiannya yang dinamakan Lob Star gagal memikat barisan juri.
Penyingkiran Radhi menjadikannya peserta yang kesembilan tersingkir dari dapur masakan MSM2. Vokalis kumpulan OAG ini juga berjaya mengumpul RM5500 untuk Rumah Pengasih.
Selain Radhi, peserta lain yang terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas semalam ialah Cat Farish yang pertama kali memasuki penyingkiran serta Sharifah Shahora dan Kenchana Devi. Tema masakan mereka semalam ialah hidangan daripada Udang Kipas atau Udang Ketak daripada spesis Udang Kara yang jarang ditemui.
Sumber: Murai

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments