Pelakon yang semakin manis berhijab, Raja Farah mengakui dia dan suaminya, Megat Bashirun Qayyum masih menantikan kehadiran cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga.
Raja Farah menjelaskan kepada portal Gua dengan berkata, “sememangnya kami berdua inginkan cahaya mata tetapi masih belum mempunyai rezeki lagi. Saya dan suami memang sedang berusaha ke arah itu. Kami ada juga pergi berjumpa doktor dan syukur tiada sebarang masalah dengan tahap kesuburan kami. Saya anggap belum ada rezeki daripada Allah S.W.T lagi. Mungkin tidak sekarang, tetapi mungkin bulan hadapan, tahun depan, InsyaAllah”.
Selepas mendirikan rumahtangga, Raja Farah seakan-akan menyepi dari dunia lakonan apabila kelibatnya tidak lagi kelihatan di kaca-kaca tv seperti dulu.
Mengulas mengenai perkara itu, Raja Farah berkata kini keutamaannya ialah kepada suami dan keluarga, selain sibuk dengan dunia perniagaan.
“Alhamdulillah, kerjaya seni saya berjalan seperti biasa cuma saya tidak begitu banyak mengambil tawaran seperti dahulu disebabkan komitmen saya kepada keluarga. Lagipun sekarang ini saya berjinak-jinak dengan dunia perniagaan yang saya rasakan sangat menarik dan memberi pulangan yang baik pada masa hadapan,” katanya lagi.
No comments
Post a Comment