Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Fouziah Ghous Bertunang Sabtu Ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Fouziah Ghous
Pelakon Fouziah Ghous akhirnya mendedahkan bahawa dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Md Zhafran Md Yusof pada Sabtu ini.

Pasangan ini juga tidak akan bertunang dalam tempoh yang lama apabila mereka membuat perancangan untuk disatukan pada bulan September depan.
Fouziah mengakui dirinya tidak gemar membuang masa dalam bercinta selain keputusan itu diambil untuk mengelakkan sebarang fitnah kerana mereka merupakan rakan kongsi perniagaan.
“Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.
“Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Tahniah diucapkan buat Fouziah dan pasangan! Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments