Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita Dipenjara Angkara Dadah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Wanita

KOTA BHARU – Seorang wanita didenda RM10,000 dan lima bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan memiliki dadah Februari lalu.

Aminah Raji, 26, yang bekerja di kilang cermin mata itu membuat pengakuan salah di hadapan Majistret Nik Habri Muhammad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, pada 20 Febuari lalu tertuduh bersama seorang lagi rakan secara bersama didapati memiliki 2.133 gram dadah jenis methaphetamin di sebuah rumah di Jalan Kuala Krai, Kampung Bukit China, Ketereh pada jam 11.30 pagi.
Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh bersama seorang lagi rakan pada masa dan lokasi yang sama didapati berada dalam milikannya dadah berbahaya jenis cannabis seberat 0.270 gram.
Bagi kesalahan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Merbahaya 1952.
Manakala pertuduhan ketiga, di lokasi dan tarikh yang sama juga tertuduh bersama seorang rakan didapati berada dalam milikannya dadah jenis heroin seberat 0.005gram.
Mengikut fakta kes, ketika serbuan dilakukan di atas sebuah rumah di Jalan Kuala Krai Kampung Bukit China, Ketereh, tertuduh enggan memberikan kerjasama dan berlaku pergelutan dengan anggota polis sehingga akhirnya berjaya ditahan.
Susulan kecekapan itu, polis berjaya menemui di dalam lubang air di dalam bilik air bilik tersebut dan mendapati sejumlah 163 pil kemerahan disyaki dadah berangkai secara berasingan, satu paket plastik berisi tumbuhan kering disyaki dadah dan satu paket plastik berisi serbuk keputihan disyaki dadah.
Bagi kesalahan pertuduhan pertama tertuduh di denda RM5,000, kedua RM2,000 dan pertuduhan ketiga RM3,000 serta lima bulan penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 20 Februari. Gagal bayar boleh dipenjarakan enam bulan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa raya negeri Nur Liyana Mat Zukri meminta kepada mahkamah supaya mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepadanya memandangkan dalam usia muda dikaitkan dengan memiliki dadah berbahaya.
Sementara itu, Nik Habri menasihatkan kepada tertuduh supaya mengambil pengajaran daripada kes yang dihadapinya itu dan sedar bahawa kes dadah boleh digantung sampai mati. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments