Mangsa maut akibat mengalami kecederaan teruk di kepala. Ibu saudara bayi itu, S. Neela, 58, dan sepupunya, S. Tharminthiven, 2, pula masing-masing mengalami kecederaan di kaki dan tangan.
Semasa kejadian, terdapat kira-kira 10 orang ahli keluarga pasangan pengantin itu sedang berehat sambil berbual di bawah khemah yang menempatkan beberapa buah meja setelah penat melayan tetamu pada hari tersebut.
Mengimbas kejadian itu, bapa bayi malang itu, T. Thenarasu, 24, berkata, ketika itu dia dan isterinya, S. Salini, 18, sedang duduk bersama Neela yang memangku anaknya yang tidur manakala
Tharminthiven bermain di sebuah meja paling hujung di dalam khemah yang dipasang di depan rumah saudaranya yang baru melangsungkan perkahwinan.
"Tiba-tiba sebuah kereta Proton Persona yang dipandu laju terbabas merempuh meja tempat kami duduk.
"Rempuhan itu menyebabkan kami semua tercampak termasuk Neela yang memangku anak saya dan Tharminthiven," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) di sini semalam.
No comments
Post a Comment