KUALA LUMPUR – Pelakon Tasha Shilla mengakui tidak mempunyai masa untuk bercinta berikutan tuntutan kerja yang menghadkan pergaulannya dengan lelaki.
Tasha berkata, dia kini berkawan dengan ramai lelaki, namun hanya sekadar teman biasa dan tidak berpeluang untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih mendalam.
“Buat masa ini saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi belum ada yang istimewa.
“Saya sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk keluar bercinta atau mengenali hati budi dengan mana-mana lelaki,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, setakat ini juga, belum ada sesiapa yang berjaya meyakinkan dirinya dan membuka pintu hatinya untuk mendirikan rumah tanga.
Bagaimanapun, kata Tasha, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu dengan lelaki serasi dengannya.
“Saya sudah bersedia untuk berkahwin jika bertemu dengan seseorang lelaki yang betul-betul serasi dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungan pelakon itu dnegan pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli, Tasha berkata, dia masih berkawan dan tidak lebih daripada itu.
“Saya senang berkawan dengan dia, dia seorang yang jujur dan ikhlas serta memikirkan masa depan.
“Namun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak ada masa untuk keluar bersama,” ujarnya.
Tambah Shilla, berita tentang hubungan mereka yang tersebar sedikit sebanyak dikhuatiri menganggu kerjaya pemain bola tersebut.
“Dia bagi tahu saya bahawa dia juga risau jika orang akan mempersalahkan saya jika mutu permainannya merosot.
“Saya pun tidak mahu berita ini menjejaskan kredibiliti dan nama dia dalam bidang tersebut,” katanya.- mStar Online
No comments
Post a Comment