Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wajarkah Bobo Jadi Role Model Kepada Pelajar Sekolah?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Baru-baru ini ketika menyambut sambutan perayaan Hari Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari telah menjemput bintang parodi, Bobo sebagai tetamu undangan untuk mempersembahkan gaya tarian popular Korea, Gwiyomi.
Namun, kehadiran Bobo yang merupakan artis naungan MIG pada majlis itu telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak apabila ramai yang tidak bersetuju dan menganggap Bobo membawa pengaruh yang tidak baik kepada pelajar sekolah serta generasi muda pada masa kini.
Malah ramai yang mempersoalkan kenapa Bobo pula yang dijemput sedangkan ramai lagi artis muda popular lain yang boleh dijadikan role model dan contoh kepada golongan belia ini.
Pada permulaannya, kemunculan Bobo dengan video parodi Sayang nyanyian Shae menambat hati banyak pihak namun sejak kebelakangan ini semakin ramai pula yang menyampah dengan aksi pemuda yang masih menuntut di Melaka ini.
Harapnya Bobo hentikanlah benda-benda parodi ni dan apa kata tampil dengan lagu nyanyian sendiri ke, mana tahu dengan cara itu, orang ramai tidak lagi mencemuh dan mengutuk aksi mengeletis anda yang kelihatan semakin melalut dan meluat itu.
Oleh: Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments