Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ibu Baru Lahir Anak Maut Akibat Denggi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Denggi

KUALA LUMPUR – Seorang ibu muda berusia 20 tahun di sini maut akibat wabak denggi baru-baru ini.
Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut dilaporkan baru menimang cahaya mata pada bulan Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, mangsa dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan selepas mengalami demam, sakit kepala dan muntah pada 27 April 2013.
“Pesakit mendapatkan rawatan sebanyak dua kali di hospital itu dan pada 1 Mei 2013 dia dimasukkan ke wad sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia setelah dua hari dirawat di ICU dengan sebab kematian Dengue Shock Syndrome,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Lokman Hakim berkata, pemeriksaan di kediaman mangsa menemui dua tempat pembiakan aedes iaitu di dalam tayar dan bekas makanan polistrin.
Justeru, katanya, notis pembersihan telah dikeluarkan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan jawatankuasa penduduk supaya menjalankan aktiviti pembersihan.
Beliau dalam pada itu memaklumkan jumlah kes kematian akibat denggi sehingga minggu lalu sebanyak 17 kematian berbanding 20 kematian bagi tempoh yang sama pada 2012. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments