Sydney – Seorang bintang filem Australia, Abbie Cornish terpaksa menafikan dia telah meninggal dunia selepas hampir sejuta orang telah mengunjungi facebook yang diwujudkan khas untuk memperingati kematiannya.
`R.I.P Abbie Cornish’ telah dibuka dalam facebook selepas dia menjadi selebriti terbaru menjadi mangsa penipuan dalam talian itu.
“Laporan mengenai kematian saya ini amat menakutkan. Bayangkan apabila bangun tidur dan selepas melayari internet, anda mendapati bahawa anda telah meninggal dunia,’’ katanya dalam laman web miliknya sendiri.
Susulan penafiannya itu, facebook yang dibuka untuk memperingati kematian Abbie itu telah ditutup.
Dalam pada itu, pengurusnya meminta supaya peminat Abbie tidak jangan mempercayai berita palsu tersebut.
Abbie yang pernah berpacaran dengan aktor Ryan Phillippe, bakal muncul dalam filem terbaru Madonna, mengenai Wallis Simpson W.E.
Pada 2010, Owen Wilson, Charlie Sheen, Adam Sandler dan Eddie Murphy dilaporkan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.
Berita palsu kematian mereka itu dilaporkan secara meluas di alam maya.
Selain itu, Morgan Freeman dan bekas bintang pop, Aaron Carter juga menjadi mangsa penipuan di internet dan dilaporkan meninggal dunia.
No comments
Post a Comment