Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Guru Gatal Diharamkan Mengajar Di Britain!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Catherine Rayne

London – Seorang guru wanita, Catherine Rayne ,35, diharamkan daripada mengajar di semua sekolah di seluruh Britain selepas dia cuba menggoda pelajar lelaki di sekolah Michael Hall di Sussex, selama dua tahun.

Selain bertukar nombor telefon dengan budak lelaki berusia 15 tahun itu, Rayne juga turut memberikan kelas tambahan kepada pelajar berkenaan di rumahnya.
Dia juga menghantar mesej menerusi telefon berpuluh-puluh kali kepada budak itu, bagi menjelaskan niatnya untuk menjalinkan hubungan romantik dengan pelajar berkenaan.
Wanita itu yang juga berkawan dengan ibu bapa pelajar berkenaan, dilaporkan pernah melawat rumah mereka ketika pelajar itu tinggal sendirian di rumahnya.
Kejadian itu berlaku pada 2011 dan ia terbongkar apabila bapa pelajar berkenaan membuat aduan di sekolah.
Ketika itu, Rayne masih menghantar surat kepada pelajar tersebut untuk mengajaknya memulakan hubungan romantik.
Dia akhirnya meletak jawatan sebagai guru di sekolah berkenaan selepas bapa pelajar tersebut menghantar surat ke sekolah terbabit, namun dalam masa sama, Rayne tidak serik dan terus menghantar hadiah kepada `pujaan hatinya’ itu.
Susulan laporan bapa budak tersebut, The National College for Teaching and Leadership telah menubuhkan satu panel bagi menyiasat kes berkenaan.
Mereka kemudiannya mendapati Rayne bersalah kerana melakukan perbuatan yang tidak profesional dan diharamkan daripada mengajar lagi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments