Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Che Ta: Zain Belum Tetap Tarikh Kahwin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Rozita Che Wan

Desas desus yang mengatakan bahawa pelakon cantik Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Zain Saidin pada bulan Disember ini adalah tidak benar sama sekali. Kedua pasangan mempelai ini memang akan berkahwin pada tahun ini namun belum lagi menetapkan tarikh yang sesuai ekoran kesibukan dalam kerjaya masing-masing.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tidak dapat dihubungi pada ketika ini kerana sedang menjalani penggambaran. Namun melalui sumber terdekat iaitu pengurusnya Afeeq menegaskan bahawa sesungguhnya Che Ta dan Zain Saidin belum lagi duduk berbincang untuk memilih tarikh yang sesuai untuk perkahwinan mereka.
“Hal ini bermula apabila ada pihak yang mengusik menanyakan mengenai tarikh dan persiapan untuk perkahwinan Che Ta dan Zain. Namun kenyataan Che Ta tersebut tidak diiyakan atau dinafikan oleh Che Ta sendiri. Sehingga tarikh 23 Mei dan tepat jam 2.30 petang ini, sebarang keputusan belum diambil oleh Che Ta sendiri,” kata Afeeq ketika dihubungi GUA semalam.
Afeeq turut menegaskan, selain belum memilih tarikh nikah, Che Ta dan Zain juga belum membuat sebarang persiapan. Pengurus Che Ta itu turut menambah, sekiranya tarikh telah dipilih, semua media akan diberitahu secara adil melalui sidang media.
Sumber: Gua.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments