Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tendang pintu van hingga penyamun tergelincir!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ampang: Seorang pemandu van sekolah berdepan detik cemas selepas disamun dua lelaki bersenjata pisau rambo yang cuba menikamnya dalam kejadian di depan sebuah sekolah antarabangsa di Lembah Keramat, di sini.
Wanita berusia 29 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri walaupun cedera di tangan selepas bergelut dan menendang pintu van sekolah dipandunya hingga mengenai lelaki terbabit yang kemudian melarikan diri.

Mangsa, Rahayu Johari berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang Khamis lalu itu, dia memandu van sekolah sambil ditemani adik saudaranya berusia 14 tahun untuk mengambil 13 murid tadika di sekolah itu.

“Sebaik tiba di hadapan sekolah berkenaan, adik saudara saya membuka pintu penumpang untuk memudahkan kanak-kanak tadika terbabit masuk sebaik tamat waktu belajar. “Ketika itu saya masih di tempat duduk pemandu dan melihat telefon bimbit untuk membalas SMS. Tiba-tiba saya dihampiri sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki berpakaian kemas dan memakai topi keledar berpenutup penuh,” katanya.

Rahayu berkata, penunggang motosikal berusia 20-an itu kemudian turun daripada motosikal lalu mengacukan pisau rambo ke arahnya manakala adik saudaranya yang melihat tindakan lelaki itu melarikan diri ke dalam kawasan sekolah.

Katanya, dia bertindak nekad bergelut dengan lelaki itu menyebabkan cedera di tapak tangan kanan akibat terkena pisau sebelum menendang pintu van hingga lelaki itu tergelincir ke belakang.

Rahayu kemudian melarikan diri masuk ke dalam pintu pagar sekolah berkenaan sementara dua lelaki terbabit memecut motosikal meninggalkan kawasan itu.
Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments