Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang..
Tergamaknya seorang ibu menarik-menarik rambut serta memukul anaknya yang masih kecil di khalayak umum.
Mungkin ibunya marah kerana anaknya tidak mahu menjamah makanan yang disediakan untuk anaknya itu.
Tetapi itu tidak memberi lesen kepada si ibu tadi untuk memukul anaknya sedemikian rupa.
Sedangkan binatang pun sayangkan anak..
Penulis ingin memberikan pesanan buat penulis juga dan pembaca Mynewshub di luar sana, cubalah terapkan kembali nilai kemanusian serta berkasih sayang dalam diri kita yang semakin pudar sejak kebelakangan ini dan sematkan ia dalam kehidupan sehari-harian kita.
InsyaAllah dengan sifat serta nilai-nilai murni yang diterapkan itu, perkara seperti dalam video ini tidak mungkin akan berlaku lagi. [Mynewshub.my]
No comments
Post a Comment