Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ditetak Kerana Sering Curi Daun Pisang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Curi Daun Pisang
KUALA TERENGGANU – Kerana dikatakan asyik mencuri daun pisang, seorang lelaki cedera dilibas pemilik kebun di Kampung Paya Lasir, Kemaman pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian yang berlaku jam 7.30 malam itu menyebabkan lengan kiri mangsa yang berusia 35 tahun tersebut menerima enam jahitan di Hospital Kemaman.
“Kita percaya motif kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati setelah pemilik kebun yang berusia 59 tahun itu melihat mangsa telah tiga hari memasuki kebun dan mengambil daun pisang miliknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Manoharan berkata, suspek membuat laporan di Balai Polis Kijal, begitu juga dengan mangsa.
Beliau berkata, suspek turut menyerahkan parangnya dan dia ditahan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments