Tokyo merupakan salah satu bandar yang paling padat di dunia. Pekara itu menyebabkan sukarnya mencari tanah untuk membina perumahan baru.
Banyak warga Jepun yang memilih untuk tinggal di pangsapuri atau di bilik-bilik kecil yang dikenali dengan sebutan “geki-sema” atau berkongsi rumah.
Antara penduduk yang perlu tinggal di kediaman seperti itu adalah pelajar.
Lebih memeranjatkan, ada yang terpaksa tinggal di dalam bilik sebesar kotak dengan bayaran sewa sebanyak 400 poundsterling atau RM1861.87 duit Malaysia!
Bilik-bilik ini mempunyai bentuk yang sangat kecil, seperti peti.
Ruang ini hanya cukup untuk satu orang sahaja, tidak mempunyai tingkap, pintu, dan hanya berketinggian enam kaki.
Rumah sewa ini biasanya digunakan oleh para professional muda yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di tempat kerja dan menggunakan tempat itu hanya untuk tidur saja.
No comments
Post a Comment