Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.
Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi
itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya
sejak dua tahun lalu.
Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang
bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan
mengalami kekejangan di perut.
Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.
“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.
“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,”
katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat
daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh
menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian.
Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan
gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang
mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia
cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa
ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.
“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - Agensi
No comments
Post a Comment