Mula-mula insiden Harry Styles dilempar dengan kasut, ketika konsert mereka pada Selasa lalu.
Kemudian temannya pula, Liam Payne dimaki di Twitter oleh Boy George, gara-gara Payne enggan berhenti berjalan dan mengambil gambar bersama anak buah vokalis Culture Club itu.
Band yang popular menerusi lagu What Makes You Beautiful ini nampaknya sudah mula tidak disukai atau mungkin lebih tepat, semakin tidak digemari.
Buktinya, majalah muzik berpengaruh United Kingdom, New Musical Express (NME), menobatkan band yang dianggotai lima anak muda ini sebagai Band Paling Teruk Sepanjang Tahun (Worst Band of The Year) buat kali kedua berturut-turut di anugerah NME yang berlangsung pada 27 Februari lalu.
Tidak hanya membawa pulang satu trofi, sementara Harry Styles kemudiannya diumum sebagai Artis Paling Jahat (Villian of The Year) ekoran impak perpisahannya dengan ratu Pop-Country, Taylor Swift.
Bagaimanapun pemuda berusia 19 tahun itu tetap berterima kasih dan berlagak bangga di atas penganugerahan yang diterimanya itu.
Manakala The Rolling Stones membolot dua trofi menerusi anugerah Band Live Terbaik (Best Live Band) and dan Filem Muzik Terbaik lantaran terus membuktikan tiada yang mampu menandingi band lagenda Rock yang telah yang telah memahat nama mereka selama 50 tahun di persada muzik dunia.-Malaysiandigest
No comments
Post a Comment