Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ratu Gemuk Pertama Di Rantau Arab!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Lubnan – Eliana Neama, 21, dengan berat 110 kilogram, telah dinobatkan sebagai  ‘Miss Big Arabian Beauty’ yang pertama di rantau Arab selepas berjaya menewaskan 10 peserta lain.

Tempat kedua dalam pertandingan ratu gemuk itu dimenangi oleh Zeina Hadhably dari Tunisia dan keempat ialah Dunia Kamana dari Lubnan.

Pertandingan berkenaan yang disiarkan oleh TV LBC Lubnan diadakan bertujuan memberikan keyakinan kepada wanita berbadan besar mengenai rupa paras mereka.

Pertandingan berkenaan sebelum ini pernah diadakan di Brazil, Perancis dan Britain.

Lubnan menjadi negara Arab pertama yang menganjurkannya melibatkan penyertaan daripada Magribi, Mesir , Tunisia dan Jordan.

Mereka yang mengambil bahagian berusia antara 21 hingga 42 tahun dengan berat antara 80 hingga 150 kilogram.

Semua peserta diadili berdasarkan penilaian yang ketat dengan 20 peratus undi dibuat berdasarkan kepada penampilan mereka ketika berpakaian kasual manakala 20 peratus lagi diadili berdasarkan pemakaian gaun malam.

Manakala selebihnya berdasarkan kepada penampilan serta kebijaksanaan mereka ketika menjadi soalan yang dikemukakan oleh barisan juri.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments