Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 2 Kepala polis dipenggal kumpulan militan askar Sulu! - Otai Reformasi II
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Apehal dengan kumpulan-kumpulan politik sekarang ni? memperjuangkan parti, tetapi jual fitnah?


Itulah yang dipersoalkan oleh pengguna-pengguna Facebook terhadap tindakan sebuah page pro-pembangkang Otai Reformasi II apabila admin mereka memuat-naik sebuah gambar yang menunjukkan seorang anggota askar memegang dua buah kepala.

Kononnya kepada tersebut adalah kepada dua askar kita yang telah dijadikan tebusan dan dipenggal, di dalam kenyataan bersama gambar tersebut bertulis :
Al fatehah. 5 anggota polis yang terbunuh semalam dan salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan sebelum dipancung menjelaskan bahawa pencerobohan sebenarnya dilakukan oleh militan Sulu dan keturunan mereka baik dari dalam dan luar Sabah. Mohon Mohon ATM segera lakukan sesuatu. TIADA MAAF DI ATAS KEALPAAN & KECUAIAN KERAJAAN NAJIB INI
Dan berikut pula adalah gambar yang dimaksudkan tersebut:
pancung kepala
Ini adalah screenshot asal kenyataan mereka :
otai reformasi II
Apabila melihat kenyataan tersebut, kami tidak mahu percaya dengan serta-merta maklumat tersebut, kerana ia adalah sesuatu yang amat keterlaluan, kami cuba untuk melihat respon pembaca yang lain, dan ramai diantara mereka, tidak kira penyokong pembangkang dan penyokong kerajaan tidak setuju dengan maklumat tersebut, selain mengatakan yang gambar kepala yang kononnya dipancung askar Sultan Sulu itu adalah Fitnah semata-mata.
Untuk merungkaikan kisah sebenar di sebalik gambar tersebut, kami membuat beberapa carian, dan apa kami mendapati dakwaan page Otai Reformasi II itu adalah tidak benar, dan Fitnah terhadap kerajaan!
Gambar itu sebenarnya diambil sewaktu perang di selatan Thailand [(18 SG) Link ke gambar yang asal]
Admin page tersebut mengambil gambar tersebut dan cuba memanipulasikan pemikiran pembacanya dan mengatakan itulah keadaan yang terjadi di Lahad Datu, selain mendakwa kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.
Adakah ini satu permainan bagi pihak-pihak seperti mereka ini? adakah ini sesuatu yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan-kepentingan tertentu? kejadian ini adalah satu kejadian yang serius, beberapa askar kita telah terkorban, dan nyawa penduduk rakyat pantai Timur sabah sedang terancam.
Adakah ini tindakan yang wajar dilakukan? dengan menyebarkan Fitnah? jika admin page tersebut membaca, diharapkan dia sedar akan kesilapan yang dilakukan, apa-apa pun kita tidak seharusnya menuduh dia secara melulu, berkemungkinan juga dia juga dapat maklumat yang salah.
Diharapkan mereka akan membuat kenyataan maaf terhadap perbuatan mereka itu.
[Pesanan] Kepada para pembaca Jangan terlalu percaya dengan apa yang anda baca di internet, ambil masa untuk menilai fakta tersebut.
- Beritanisma

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments