Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]"Justin Bieber" Dihalau dari hotel Gara2 Peminat!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PARIS, 21 MAC 2013: Macam tidak percaya saja bila mendengar laporan berita ini. Tapi, itulah hakikatnya. Pop Idol yang menjadi kegilaan ramai remaja wanita di seluruh dunia iaitu Justin Bieber telah dihalau keluar dari sebuah hotel mewah di Paris.
Hotel yang bernama Hotel Le Meurice itu memang sentiasa menjadi pilihan kerabat di raja serta aktor terkemuka dunia seandainya mereka berada di kota yang dianggap romantis itu.

Termasuklah Justin Bieber sewaktu mengadakan konsert jelajahnya di sana dan dia dikatakan telah menempah 7 suite yang terletak di tingkat satu dan tingkat dua dan harganya pula mencecah sehingga 6 angka.

Tapi, selepas beberapa jam Justin Bieber Check-in di hotel tersebut, ratusan peminat mula mengerumini perkarangan luar hotel itu dan sebahagian pula membanjiri di kawasan lobi.

Disebabkan itu, suasana di hotel itu menjadi ribut dan bising dan ianya tidak begitu disenangi oleh tetamu-tetamu lain yang turut menginap di hotel itu. Lebih teruk lagi bila ada di antara peminat yang tidak dapat mengawal perasaan apabila menjerit-jerit dan berteriak nama penyanyi kesayangan mereka itu.

Justin Bieber pula khabarnya menggalakkan peminatnya berbuat demikian. Dan, akhirnya, pihak pengurusan hotel terbabit menghalau Justin Bieber keluar demi menjaga reputasi hotel tersebut.

Selepas dihalau keluar , Justin Bieber berserta dengan entouragenya dikatakan telah berpindah di Hotel Manadrin Oriental, Paris.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments