Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bekas model Glamor inggeris buat pembedahan sebanyak 330 kali!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

London: Dia menjalani lebih 330 prosedur dan pembedahan kosmetik lebih jauh mengatasi Cindy Jackson dari Amerika Syarikat yang diiktiraf wanita paling banyak melakukan pembedahan kosmetik di dunia.
Bekas model glamor Inggeris Alicia Douvall yang terkenal kerana pendedahan hubungan sulitnya dengan selebriti termasuk mogul muzik Simon Cowell mendakwa membelanjakan lebih 1 juta pound (RM4.7 juta) untuk membesarkan payudara, menegangkan muka hingga kepada pembedahan mengecilkan jari kaki. 
Alicia mendakwa perbuatannya itu menyebabkan dia ketagih untuk melakukan pembedahan hingga terpaksa menerima rawatan pemulihan sebanyak tiga kali. 

Alicia yang dikaitkan dengan beberapa selebriti termasuk aktor Rourke dan bekas penyanyi Simply Red, Mick Hucknall berkata, dia sudah menjalani banyak pembedahan kerana yakin dia kelihatan hodoh.

Alicia memberitahu alasan utamanya menjalani pembedahan kosmetik ialah untuk kelihatan seperti Barbie dan ia cukup membimbangkan.

Namun, pakar bedah yang tidak berhati perut bersetuju membedahnya hanya kerana alasan tidak wajar itu. 


Dia mendakwa membelanjakan hingga RM4.7 juta terhadap pembedahan kosmetik dan prosedur lain seperti suntikan Botox dengan hanya memberitahu pakar bedah dia mahu kelihatan sempurna. 

“Saya sering gunakan istilah itu. Saya membawa anak patung Barbie ketika berjumpa dengan seorang perunding kecantikan untuk menunjukkan kepada mereka apa sebenarnya yang saya inginkan. 

“Saya tidak sihat kerana ketagih dengan pembedahan. Tetapi tiada seorang pun doktor ditemui cuba untuk menghentikan hasrat saya. Saya fikir mereka hanya mahukan wang saya,” katanya. 

Alicia bercakap demikian dalam kempen “Hentikan Pembedahan Kosmetik Koboi.” 

Pada satu peringkat, dia terdesak untuk mengubah tubuhnya hinggakan menjalani satu pembedahan setiap minggu. 

“Selain pendidikan anak perempuan, saya tidak membelanjakan wang untuk perkara lain kecuali pembedahan. 

“Saya makan kacang panggang saja dan tidak pernah pergi bercuti. Malah, saya memujuk teman lelaki untuk membayar kos pembedahan saya.” 

Apabila ditanya adakah dia berpuas hati sekarang, dia menjawab: “Saya sudah menjalani terlalu banyak pembedahan hingga muka saya tidak dapat bergerak. Saya tidak boleh senyum dengan betul dan tidak dapat bernafas melalui hidung. 

“Jika saya tidak pernah menjalani pembedahan, saya jauh lebih cantik dari sekarang. - Agensi


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments