Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Backstreet Boys Bergangnam Style Di KL!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Backstreet Boys Bergangnam Style Di KL
Kemunculan kumpulan terkenal dari Amerika Syarikat, Backstreet Boys (BSB) nyata begitu dinanti-nantikan peminat mereka di Konsert Twin Tower Alive yang diadakan di Plaza KLCC, Sabtu lalu.
Boyband yang pernah mencipta fenomena pada pertengahan tahun 90-an ini dianggotai oleh Brian Littrell, AJ McLean, Howie D, Nick Carter dan Kevin Richardson, nyata masih belum hilang taring apabila mampu beraksi live selama satu jam di hadapan peminat setia mereka.
Mereka yang muncul tepat pada jam 11.15 malam membuka tirai persembahan dengan lagu Incomplete kemudian diikuti lagu Larger Than Life.
Semasa pertengahan lagu Larger Than Life, BSB nyata pandai mengambil hati peminatnya di sini dengan menari aksi popular penyanyi yang berasal dari Korea, Psy iaitu Gangnam Style.
Aksi mencuit hati mereka turut mendapat sorakan gemuruh penonton yang mengerumuni tapak konsert tersebut.
Antara lagu lain yang didendangkan oleh mereka ialah I Want It That The Way, Shape Of My Heart, Drowning, Getdown, Everybody dan banyak lagi.
Malah, BSB turut berjanji akan datang kembali ke Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal bermula tahun depan bersempena ulangtahun ke-20 penubuhan kumpulan hebat itu.
Jom layan dulu video Larger Than Life yang diremix dengan lagu Oppa Gangnam Style ini!
Video: Buahmulut


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments