Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Album The Beatles Dilelong AS$290,500!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

The Beatles
LOS ANGELES – Sebuah salinan album The Beatles yang jarang ditemui dilelong pada harga AS$290,500 (RM898,284), lapor portal berita The Hollywood Reporter.
Album tersebut berjudul “Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band mempunyai tandatangan empat anggota kumpulan berkenaan.
Ia dibeli kelmarin oleh seorang pembeli yang identitinya tidak didedahkan.
Lelongan itu dibuat oleh firma Heritage Auctions yang berpangkalan di Dallas.
Menurut portal itu, album itu sebelum ini dijangka dilelong pada harga hanya AS$30,000 (RM92,766).
Ia dipercayai ditandatangani oleh empat anggota kumpulan itu pada kulit album tersebut pada Jun 1967.
Menurut portal itu, sebelum ini kulit album Meet the Beatles dilelong pada harga AS$150,000 (RM463,830). – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments