Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita China terlebih kaya beli Apartmen mewah bernilai $6.5 Juta untuk anaknya berusia 2 tahun!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kaya
New York – Seorang wanita dari China telah mengejutkan ejen-ejen hartanah di New York. Apa tidaknya, beliau membeli sebuah apartmen mewah bernilai $6.5 juta dolar untuk anak perempuannya yang baru berusia 2 tahun.
Wanita itu berbuat demikian sebagai persediaan apabila anaknya itu memasuki kolej kelak.
Menurut ejen hartanah Kevin Brown, wanita itu yakin anaknya akan memasuki salah satu daripada tiga universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Universiti terbabit ialah Universiti Columbia, Universiti New York dan juga Harvard.
Bagi tujuan itu, anaknya itu memerlukan sebuah rumah yang berhampiran dengan universiti tersebut.
“Apabila wanita itu menyatakan demikian, saya pun bertanya kepadanya bila anaknya itu akan memasuki universiti tersebut.
“Dia memberitahu anaknya itu baru berusia dua tahun. Saya amat terkejut apabila mendengar,’’ katan Brown.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments