Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kisah mengenai budak perempuan berumur 8 tahun menunggu bapanya yang tidak kunjung tiba di hadapan sekolah, telah menjadi viral semalam.

Menurut satu pos yang dimuatnaik di Facebook oleh guru sekolah di mana insiden itu berlaku, murid perempuan terbabit menunggu kedatangan bapanya yang tidak muncul-muncul sehingga jam 1 pagi.
Apa yang menyedihkan, dia dikatakan sudah 5,6 kali tertidur dan terbangun sambil menunggu kehadiran si bapa untuk menjemput namun sampai ke sudah tak nampak bayangnya.
Menurut Cikgu Zahran, prestasi murid tersebut di sekolah sangat tidak memberangsangkan dan jiwanya jenis keras memberontak.
Dia juga dikatakan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Pengawal keselamatan yang menjaga kawasan sekolah dikatakan tidak jemu menemani murid tersebut dan membuat panggilan kepada bapanya namun tiada jawapan.

“Kesabaran kami ada batasnya,” luah Cikgu Zahran dan beberapa cikgu lain yang turut berada di tempat kejadian.
Mereka kemudiannya sepakat menghubungi Talian Nur untuk melaporkan kejadian tersebut.


Tiga anggota polis yang kebetulan meronda kawasan tersebut kemudiannya menghantar murid tahun dua itu pulang ke rumahnya dengan selamat. – MYNEWSHUB.CC


SEATTLE – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) tergigit mutiara yang jarang didapati ketika menikmati tiram dan makanan laut lain di sebuah restoran masakan Itali di Issaquah, Washington.

KOMO-TV melaporkan, Lindsay Hasz dan suaminya, Chris sedang makan di Montalcino Ristorante Italiano, di Issaquah baru-baru ini apabila tergigit sesuatu yang keras ketika menikmati hidangan utama.
Hasz berkata, beliau tidak pasti apa yang digigitnya tetapi bertindak menyimpan ia di dalam poket dan balik ke rumah untuk mengkaji benda itu.
Beliau membawa benda itu kepada pakar permata yang kemudian mengesahkan ia adalah sejenis mutiara ungu Quahong yang bernilai kira-kira AS$600 (RM2,526).
Pegawai Makmal Geologikal Barat Laut AS, Ted Irwin, berkata penemuan itu jarang berlaku dengan cuma satu kes dalam beberapa juta permata bermutu.
Pemilik restoran tersebut, Cindy Nardone, berkata beliau gembira bagi pihak pelanggannya. Hasz berkata, beliau mungkin menjadikan permata itu sebagai rantai leher. – AP

BEIJING – Seorang lelaki di China memberikan kejutan kepada kekasihnya, dengan melamar wanita itu di hadapan rakan sekerjanya dengan menggunakan bunga yang diperbuat daripada kepingan wang kertas.

Ma Caojun, 32; yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar makanan segera melamar kekasihnya Qin Jiaojiao di hadapan 600 pekerja syarikat berkenaan ketika majlis anugerah industri kebetulan sedang diadakan.
Sejurus sahaja Ma diumumkan sebagai pemenang anugerah itu dia kemudiannya naik ke pentas bersama teman wanitanya, sebelum berlulut dan memberikan hadiah bunga yang diperbuat dari wang kertas.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat bekerja, Ma tersenyum lebar selepas Qin menerima lamaran terbabit.
“Mulai sekarang saya akan menjadi ketua keluarga dan menyediakan semuanya,’’ kata Ma kepada Qin.
Ma berkenalan dengan Qin sejak tiga tahun lalu dan dia mahu berkahwin dengan wanita berkenaan kerana selama ini Ma banyak menghabiskan masa dengan kerja.
Kini dia mahu meluangkan masa untuk isterinya. – Mynewshub.cc


SEORANG bayi perempuan yang berumur satu hari telah ditemui oleh seorang lelaki di belakang Masjid Subang Jaya, Selangor pagi Jumaat.


Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Farina Al-Khareid menerusi laman Facebooknya, dia menyatakan bayi perempuan bekenaan berada keadaan kesejukan dan digigit semut ketika dijumpai oleh suaminya.



“Hari ni, husband saya Syed Shamsul terjumpa baby di belakang Masjid Subang Jaya. Syukur masih hidup walaupun kesejukan dan digigit semut.
Baby dah dibawa ke hospital. Lega sebab baby tu selamat.
Speechless.
Syukur nevertheless,” tulis Puan Farina.

Menurut Farina, bayi yang masih bertali pusat berkenaan sudah diserahkan kepada pihak polis dan info terbaru yang diterima kami memberitahu bayi berkenaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada petang Jumaat. – MYNEWSHUB.CC

DENVER, Colorado – Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat dilaporkan menghidap sejenis penyakit pelik yang menyebabkan kulitnya menjadi sekeras batu.
Penyakit Jaiden Rogers itu sangat jarang berlaku dengan kesnya merupakan yang ke-41 pernah direkodkan setakat ini di seluruh dunia.
Tiga tahun lalu, ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun itu mengesan beberapa tompok pada kulitnya yang semakin mengeras dan kini telah merebak ke beberapa bahagian badannya.
Bapanya, Tim Rogers memberitahu stesen televisyen FOX 31 bahawa kulit kaki anaknya kini ‘keras seperti permukaan meja’ bila diketuk.
Tompok-tompok keras tersebut telah merebak pada kulit kaki, belakang dan punggungnya, sehinggakan pada suatu hari kanak-kanak itu sendiri memberitahu ibu bapanya bahawa kakinya sudah tidak boleh digunakan dan dia memerlukan kerusi roda.
Doktor Hospital Kanak-kanak, Dr. Elizabeth Swanson mengesahkan penyakit itu dikenali sebagai Sindrom Kulit Keras yang tiada penawar mahupun ubat untuk merawatnya buat masa ini. - AGENSI





LONDON – Sebuah kereta sport terkemuka jenama Aston Martin DB10 yang direka khas untuk filem terbaharu James Bond yang berjudul Spectre dijual pada harga AS$3.5 juta (RM14.71 juta) dalam satu majlis lelongan di sini baru-baru ini.
Pemilik baharu kereta itu yang tidak mahu identitinya didedahkan turut menerima nombor plat yang ditandatangani sendiri oleh aktor Daniel Craig. Craig melakonkan watak ejen perisik legenda itu dalam filem Spectre.
“Kereta ini berjaya dijual tidak sampai lima minit dalam acara lelongan yang dikenali sebagai James Bond Spectre: The Auction.
“Hasil jualan ini akan disumbangkan kepada beberapa badan kebajikan,” kata jurucakap firma lelongan, Christie’s.
Kereta itu yang menggunakan enjin konfigurasi V8 dan mampu mencecah kelajuan 305 kilometer sejam tidak boleh dipandu di jalan raya, demikian lapor laman berita Sky News.
Kereta itu dibina di ibu pejabat Aston Martin yang terletak di London. - AGENSI


Kosmo Online

SUVA – Ramai pelancong asing mula meninggalkan Fiji semalam selepas angka kematian akibat Siklon Winston meningkat kepada 20 orang.
Mereka membanjiri Lapangan Terbang Nadi di Suva yang dibuka semula selepas ditutup selama dua hari.
Sebelum ini, pelancong luar di kepulauan itu terkandas akibat bencana berkenaan.
Ekonomi Fiji bergantung kepada pelancongan terutamanya warga Australia dan New Zealand. Menteri Pelancongan, Faiyaz Siddiq Koya berkata, semua pelawat di Fiji berada dalam keadaan selamat dan selesa
Seorang pelancong dari Melbourne memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia bahawa dia mendengar pokok-pokok tercabut dari tanah ketika berlindung daripada Siklon Winston di dalam sebuah hotel di pulau utama Fiji, Viti Levu.
“Saya tidak pernah mendengar desiran angin sekuat ini. Ia amat menggerunkan,” katanya.
Di Suva, pembukaan lapangan terbangnya turut membolehkan usaha bantuan digiatkan dengan Australia mengumumkan pakej bernilai AS$3.6 juta (RM15.18 juta) termasuk barangan asas seperti makanan dan air minuman.
Kosmo Online


Kuala Terengganu: Seorang pemuda patah paha dan cedera anggota badan selepas disondol serta diseret babi hutan di Kampung Berangan Pak Ayu, Marang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa, Hibatul Hakimi Abd Rahman, 20, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke membeli kad tambah nilai telefon di kedai berhampiran rumahnya.

Seekor babi hutan setinggi paras pinggang tiba-tiba keluar dari kawasan semak di bahu jalan dan terus melanggar motosikal remaja itu menyebabkan motosikalnya terbalik.
Haiwan liar itu kemudiannya dikatakan menyondol paha dan mengheret mangsa menyebabkannya mengalami kecederaan.

Pelajar Kolej Komuniti itu berkata, kejadian itu terlalu pantas dan dia tidak sempat mengelak ketika babi hutan terbabit berlari menuju ke arahnya.
Menurutnya, haiwan terlalu besar dan dia tidak sempat berbuat apa-apa sebelum pahanya terus terkulai sebaik disondol dan diseret.

Katanya, dalam kekalutan itu dia sempat memegang kepala babi bagi mengelakkan dirinya digigit haiwan liar berkenaan.
“Saiz badan saya agak besar, tetapi kudrat babi itu terlalu kuat dan mampu mematahkan paha saya jika dibiarkan tanpa melawan.

“Saya bernasib baik kerana ada penduduk kampung yang melihat kejadian itu dan terus memberikan bantuan serta dapat menghalau haiwan itu.
“Haiwan itu kemudian meloloskan diri di tepi rumah penduduk,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Hibatul Hakimi berkata, dia kemudian dikejarkan ke HSNZ dan doktor memberitahu paha patah dan perlu melakukan pembedahan memasukkan besi untuk menyambung semula tulang.
Menurutnya, kejadian seperti itu sudah banyak kali menimpa penduduk kampung dan berharap pihak berkuasa melakukan rondaan di kawasan kampungnya supaya ia tidak berulang.
“Selain boleh merisikokan nyawa penduduk, haiwan itu turut merosakkan tanaman orang kampung sejak kebelakangan ini.
“Saya tidak pasti saiz haiwan, tetapi yang pastinya ia mampu mengancam nyawa penduduk terutama kanak-kanak,” katanya.


Hmetro Online


Cheras: Pelajar tingkatan dua sekolah menengah berasrama penuh, di sini, menerima sembilan jahitan selepas mulutnya koyak dipijak dengan but bola sepak oleh pelajar ‘senior’ tingkatan empat, kelmarin.

Dalam kejadian 12 tengah malam, remaja itu didatangi empat pelajar tingkatan empat sebelum dibelasah di bahagian muka.

Menurut sumber, remaja itu dibelasah kerana meminta rakannya supaya tidak mengikut arahan pelajar 'senior' di asrama sekolah berkenaan.
"Ada pelajar ‘junior’ dibuli dengan dipaksa mencuci pakaian dan membeli makanan menyebabkan mangsa menasihati rakannya yang dibuli itu supaya tidak tunduk dengan arahan pelajar tingkatan empat berkenaan.

"Bagaimanapun, pelajar ‘senior’ itu mengetahui perkara berkenaan dan mereka membelasah remaja tingkatan 2 itu. Seorang daripada mereka memijak mulut mangsa dengan but bola sepak, manakala yang lain memukul dengan tangan di muka," katanya.
Menurutnya, remaja itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima jahitan di mulut.

Susulan itu, ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Katanya, polis sedang jalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dengan sengaja.

Hmetro Online


KUALA LUMPUR – Demi sepinggan nasi kandar berlaukkan kari ayam dan telur sotong, ratusan warga kota sanggup berpanas dan beratur kira-kira setengah jam lamanya untuk merasa keenakan sajian itu di Restoran Line Clear yang baru dibuka di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru di sini.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, barisan menu lain seperti ayam goreng madu, pelbagai sayuran goreng, telur ikan, ikan goreng, pelbagai jenis kari serta aneka minuman begitu menarik perhatian orang ramai untuk singgah buat julung-julung kalinya di cawangan baharu restoran yang cukup popular di Pulau Pinang itu.



Kosmo Online
ANTARA GRO yang ditahan di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam. 

Kuala Lumpur: Seramai 34 wanita warga Uzbekistan ditahan di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi semalam, selepas dipercayai menjadi pelayan pelanggan (GRO).
Mereka ditahan dalam serbuan pada jam 2.40 pagi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Serbuan diketuai Asisten Superintendan Nasir Ismail itu turut menahan seorang lelaki berperanan sebagai penjaga premis dan 24 lagi wanita Vietnam, Romania dan Indonesia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, semua wanita berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di pusat hiburan terbabit.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, beberapa wanita warga asing itu sedang bergerak dari meja ke meja sambil menegur pengunjung yang sedang berhibur.
“Hasil pemeriksaan ke atas wanita itu mendapati mereka dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
“Wanita terbabit menawarkan khidmat seks antara RM200 hingga RM400 kepada pelanggan,” katanya.
Zainudin berkata, GRO yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Hmetro online


ADELAIDE – Seekor kanggaru yang diberi nama Roger berjaya menarik perhatian rakyat Australia apabila ‘badan sadonya’ menjadi viral di media sosial.

Tampak seperti atlet bina badan, Roger memiliki badan kekar termasuk bisep yang berotot selain dada yang kelihatan ‘bidang’.
Maka tidak hairanlah Roger kini menjadi tumpuan di The Sanctuary Kangaroo Alice Springs yang terletak di wilayah utara Australia.
Roger pernah menjadi perhatian tahun lalu apabila gambar dia membengkokkan baldi logam menggunakan kakinya menjadi tajuk utama akhbar di Australia.
Roger ditemui berada bersebelahan dengan ibunya yang telah mati pada 2006, sejak itu dia dibawa ke pusat berkenaan.
Dalam pada itu menurut pengurus santuari itu Chris Brolga Barnes, Roger dilatih main‘kick boxing’ untuk membentuk badannya.
“Rutin harian Roger ialah ‘bersenam’ dan main ‘kick boxing’,” kata Barnes – Daily Mail Austalia


INGAT lagi dengan seorang gadis yang pernah mengagumkan Justin Bierber hinggakan penyanyi berkenaan menulis `OMG Who is This!‘ dalam instagramnya?
Gadis itu, Cindy Kimberlu, 17, sepatutnya berterima kasih kepada Bieber kerana berjaya menjadikan dia popular dan dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan agensi modeling terkenal di Sepanyol.
Cindy merupakan pelajar dari Belanda yang kini menetap di Costa Blanca dan sebelum ini mencari duit dengan menjadi pengasuh pada kadar kira-kira RM10 sejam
Dia dijangka memperagakan pakaian pada bulan ini dalam minggu fesyen Mercedes Benz, iaitu satu acara berprestij.
Dia yang masih bersekolah mengakui kehidupannya umpama cerita dongeng dan menjadi terkenal dalam sekelip mata gara-gara Bieber.
“Apabila saya mendapati Justin bertanyakan mengenai saya, saya menjadi emosi kerana saya merupakan peminatnya sejak lebih enam tahun lalu.
“Ia seperti cerita dongeng,” katanya.
Jelas Cindy, sebelum ini rakan-rakannya pernah menyatakan bahawa suatu masa nanti Justin akan bercakap mengenainya, tetapi dia enggan mempercayainya.
“Hidup saya berubah selepas itu. Pada mulanya saya sukar mengawalnya, namun kini saya sudah membiasakan diri,” katanya. – Mynewshub.cc

RAMAI wanita mencuba untuk mencipta rupa dan gaya sesempurna Kim Kardashian, tetapi ramai yang tidak berjaya langsung mendapatkan rupa dan gaya sepertinya.
Seorang blogger dan pereka fesyen, Kamilla Osman disalah anggap sebagai ‘kembar’ Kim apabila ditemui kerana dia saling tidak tumpah sangat menyerupai Kim Kardashian.
Berambut gelap dan mempunyai bentuk badan menyerupai Kim, Kamilla membuktikan bahawa dia sebenarnya memang kelihatan habis ‘sebijik’ seperti Kim Kardashian.
Dalam satu gambar yang dirakamkan di Toronto, Kanada, Kamilla telah berpakaikan sama seperti Kim, dan ternyata dia memang kelihatan sama seperti Kim sendiri!






SEMESTINYA ‘superhero’ yang boleh kita harapkan dalam memberi bantuan kecemasan pastinya tidak lain dan tidak bukan adalah anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Merekalah yang sanggup bersengkang mata di waktu malam sewaktu kita lena dibuai mimpi, mahupun di kala terik mentari bagi memberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat.
Begitulah nasib seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kirinya terjerlus ke dalam lubang tandas di rumahnya di Lembah Jaya Selatan, Selangor.
Mujurlah anggota bomba tiba awal di lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa pada jam 12.20 tengah hari Khamis.



Pihak bomba dilihat memecahkan keliling lubang tandas itu dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan.
Kes seperti ini nampaknya sering sahaja berlaku melibatkan kanak-kanak disebabkan struktur permukaan tandas cangkung yang licin ditambah pula kaki kanak-kanak yang kecil membuatkan kejadian ini mudah berlaku.
Apa-apa pun, syabas buat anggota bomba dan penyelamat yang begitu gigih tanpa mengira waktu! 

Mynewshub

Pernah dengar pepatah yang berbunyi “ tiada apa yang mustahil di dunia ini’ ?. “ hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” ? perumpamaan yang penuh dengan maksud tersirat , kata-kata semangat serta pendorong bagi seseorang untuk berjaya serta mengecapi impiannya. Seorang pelukis jalanan iaitu Mariusz Kedzierski yang berusia 23 tahun berjaya memenuhi impiannya untuk menghasilkan satu lukisan yang realisitik walaupun dilahirkan tanpa mempunyai kedua belah tangan.


Kecacatan yang di alami tidak dijadikan sebagai penghalang untuk beliau mengejar impiannya, malah dia mampu mengubah hidupnya menjadi seorang yang hebat di mata orang ramai. Ketidaksempurnaan yang dimiliki bukan penyebab untuk beliau lupa akan matlamat sebenar yang perlu dicapai dalam kehidupannya.
Selama tujuh tahun berturut-turut, beliau hidup dengan menghasilkan 700 seni lukisan dalam masa 15000 jam. Bakat luar biasa yang dianugerahkan merupakan satu keistimewaan yang hebat dan harta yang tidak ternilai baginya. Sentuhan yang menghasilkan satu potret seni yang amat mengagumkan akhirnya membuahkan hasil. Berkat kegigihan dan kesabaran, beliau akhirnya memenangi anugerah pelukis jalanan terbaik dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan Global Artist di Vienna, Austria dan masih bergiat aktif dalam menyertai pelbagai pameran di seluruh dunia. Berikut merupakan hasil lukisan beliau.







Kisah perjalanan hidup Mariusz Kedzierski dijadikan inspirasi oleh orang ramai dan jelaslah bahawa tiada apa yang mustahil untuk kita kecapi dalam dunia ini. yang penting, usaha dan tidak pernah untuk berputus asa. Mari kita ikuti kisah perjalanan serta hasil lukisan beliau yang mengagumkan ini.

Sajakongsi.com

Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada 8 Februari 2016. Itu bermakna tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun Monyet Api. Menurut masyarakat cina, pergantian tahun baru merupakan waktu yang tepat untuk menilik nasib dan tuah di masa depan. 12 zodiak berdasarkan Kalendar Luna dikenali sebagai “Sheng Xiao” menjadi menentu setiap tahun baru. Setiap zodiak diwakili oleh haiwan yang berbeza.

Kalau anda nak tahu haiwan apa yang mewakili anda mengikut Kalendar Luna, anda boleh cuba kalkulator ini http://www.chroniclelive.co.uk/whats-on/whats-on-news/chinese-new-year-try-chinese-10836462
Selamat mencuba dan Gong Xi Fa Cai kepada semua yang menyambutnya !

BEIJING – Fenomena pantai membeku akibat cuaca sejuk melampau kini menjadi salah satu tarikan baharu pelancong di China.
Pantai Bohai yang terletak di bandar Qinhuangdao, wilayah utara Hebei itu membeku sehingga menyaksikan fenomena kepingan ais termasuk bentuk titisan ais di kawasan berbatu.
Bandar industri yang mempunyai populasi 2.7 juta penduduk itu kelihatan jelas berbeza daripada landskap asalnya sejak pantai di situ bertukar menjadi beku.
“Sebelum ini, pantai berkenaan tidak popular, namun apabila fenomena ini berlaku, ia berjaya menarik minat ramai orang, malah ada yang sanggup meredah perjalanan beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan pantai berkenaan,” kata seorang pengawal pantai itu yang enggan dikenali.
Pusat Ramalan Cuaca Laut Marin Utara China telah mengeluarkan amaran biru selepas laut dilitupi dengan ais di Teluk Liaodong selama tiga hari berturut-turut pada awal minggu lalu. – AGENSI
Kosmo
Thesun.co.uk

BERN, Switzerland – Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini berjaya memisahkan bayi kembar siam pa–ling kecil susulan satu pembedahan rumit baru-baru ini.
Kembar siam perempuan itu, Maya dan Lydia dilahirkan pada Disember tahun lalu dan masing-masing mempunyai berat 1.08 kilogram. Mereka bercantum pada dada, hati dan jantung.
Mereka dipisahkan selepas sepasukan pakar bedah melakukan pembedahan selama lima jam.
Pada mulanya, doktor-doktor mahu menunggu sehingga beberapa bulan sebelum memisahkan mereka ekoran kembar siam itu berada dalam keadaan sihat selepas dilahirkan.
Bagaimanapun, selepas seminggu, keadaan kesihatan mereka merosot secara tiba-tiba. Seorang bayi itu menga–lami tekanan darah tinggi, manakala tekanan darah kembarnya pula rendah.
Situasi itu menyebabkan doktor-doktor nekad melakukan pembedahan yang dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan mereka walaupun pembedahan seumpamanya tidak pernah dilakukan ke atas bayi yang baru berumur lapan hari.
“Kami sebenarnya sudah bersedia untuk menerima risiko kematian kedua-dua bayi ini. Namun, kami terkejut apabila kembar siam ini selamat menjalani pembedahan,” kata pengarah unit pediatrik Hospital Universiti Geneva yang mengetuai pembedahan itu, Barbara Wildhaber.
Keadaan kesihatan kembar siam itu beransur pulih, sementara berat badan mereka juga semakin bertambah selain sudah boleh minum susu ibu.
Maya dan Lydia merupakan antara 200 kembar siam yang berjaya dipisahkan di seluruh dunia. – Agensi



Kosmo


London: Seorang lelaki berusia 19 tahun makan 13 mangkuk bijirin setiap hari akibat menghidap ketagihan gula luar biasa.

Phillip Patrick yang berasal dari Worcester berkata, setiap mangkuk bijiran yang dimakannya ditambah dengan beberapa sudu gula.
Katanya, pada setiap hari dia memakan 13 mangkuk bijiran yang ditambah dengan 138 sudu gula. “Saya kini berusaha menghentikan ketagihan ini, tetapi gagal kerana gula umpama dadah bagi saya.

“Apabila tidak mengambil gula, saya menjadi terlalu emosi, pemarah, letih dan tertekan,” katanya.