Thesun.co.uk |
BERN, Switzerland – Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini berjaya memisahkan bayi kembar siam pa–ling kecil susulan satu pembedahan rumit baru-baru ini.
Kembar siam perempuan itu, Maya dan Lydia dilahirkan pada Disember tahun lalu dan masing-masing mempunyai berat 1.08 kilogram. Mereka bercantum pada dada, hati dan jantung.
Mereka dipisahkan selepas sepasukan pakar bedah melakukan pembedahan selama lima jam.
Pada mulanya, doktor-doktor mahu menunggu sehingga beberapa bulan sebelum memisahkan mereka ekoran kembar siam itu berada dalam keadaan sihat selepas dilahirkan.
Bagaimanapun, selepas seminggu, keadaan kesihatan mereka merosot secara tiba-tiba. Seorang bayi itu menga–lami tekanan darah tinggi, manakala tekanan darah kembarnya pula rendah.
Situasi itu menyebabkan doktor-doktor nekad melakukan pembedahan yang dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan mereka walaupun pembedahan seumpamanya tidak pernah dilakukan ke atas bayi yang baru berumur lapan hari.
“Kami sebenarnya sudah bersedia untuk menerima risiko kematian kedua-dua bayi ini. Namun, kami terkejut apabila kembar siam ini selamat menjalani pembedahan,” kata pengarah unit pediatrik Hospital Universiti Geneva yang mengetuai pembedahan itu, Barbara Wildhaber.
Keadaan kesihatan kembar siam itu beransur pulih, sementara berat badan mereka juga semakin bertambah selain sudah boleh minum susu ibu.
Maya dan Lydia merupakan antara 200 kembar siam yang berjaya dipisahkan di seluruh dunia. – Agensi
Kosmo
No comments
Post a Comment