Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Takdir Dua Beradik Maut Dalam Satu Nahas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Banting: Dua beradik maut dalam satu nahas selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjunam dalam parit Jalan Aman, Kampung Seri Cheeding, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Kejadian berlaku selepas kenderaan Grand Livina dinaiki mangsa berusia 18 dan 21 tahun termasuk ke dalam parit berkenaan menyebabkan mereka lemas akibat terperangkap dalam kereta.
Mangsa, Azma Raifana Marhalim, 21, dan adiknya, Sarah Khalis Marhalim, 18, disahkan mati sejurus tiba di Hospital Banting.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Banting menerima panggilan pada jam 10.37 pagi dan jentera segera bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika bomba tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian, bomba mendapati kereta jenis Grand Livina yang dipandu adik mangsa terbalik dengan keempat-empat tayarnya menghala ke atas.
“Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan pada jam 11.05 pagi dengan bantuan orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu,” katanya kepada pemberita semalam.

Jaslizad berkata, berdasarkan keterangan keluarga mangsa, mereka bertolak keluar dari rumahnya di Jenjarom seawal jam 6 pagi semalam untuk bekerja di Sepang.

“Ketika ditemui kedua-dua mangsa masih lagi berada di dalam kenderaan yang terbalik dengan wajah yang sudah kebiruan selain mulut dan hidung pemandu sudah berbuih,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments